Esok merupakan hari terakhir dlm buln Zulhijjah, maka 1429 hijriah akan melabuhkan tirainya.. meskipun bnyk liku2 yg telah di lalui.. kesedihan, kegembiran, kejayaan, tangisan, kehilangan,kematian, kehidupan juga pertemuan. Segala-galanya telah di atur oleh Allah swt. Sebagai umat islam, seharusnya kita memanjatkan kesyukuran dgn segala nikmat y ada kerana masih lg diberi peluang untuk meneruskan nafas, manjalani ibadah seharian, dan masih dlm kehidupan di negara yg aman.
Sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa, sbg mengucapkan selamat tinggal kepada tahun yg berlalu dan menyambut kedatangan tahun baru.. selitkan disudut hati agar segala yg telah berlaku adalah satu ujian yg maha Esa. Yg baik dijadikan pedoman, yg buruk jadikan sempadan..dan bersyukurlah atas sesuatu nikmat yg diberi
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
{Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula}
(Riwayat Tabrani)
Huraian :
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.
ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.
iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Marilah kita bersama-sama menadah tangan memanjatkan doa akhir tahun dan memberi laluan kepada tahun baru supaya kehidupan di tahun baru akan lebih diberkati dan dilindungi dr syaitan y direjam..
DOA AKHIR TAHUN..
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
1 don't hesitate to comment here:
SALAM..KHAI,AKAK DH TAG KHAI.ENJOY!
Post a Comment